Cream of Mushroom Soup

Semalam buat mushroom soup dan tambah leek. Di hidang dalam roti yang sepatutnya jadi bun kaya tapi sebab dia naik malu2 maka saya buat dia jadi bread bowl sahaja. Memang lazat, lebih lazat dari yang dimakan di kedai.
Cream of Mushroom Soup
http://allrecipes.com/Recipe/Cream-of-Mushroom-Soup-I/Detail.aspx
5 cawan cendawan butang segar
1 1/2 cawan stok ayam (Saya gunakan 1 kiub ayam + air)
1/2 cawan bawang cincang
1/8 sdt thyme kering (Saya tak letak)
3 sdb mentega
3 sdb tepung gandum (kalau tak cukup pekat boleh tambah lagi)
1/4 sdt garam
1/4 sdt serbuk lada hitam
1 cawan half-and-half (saya gunakan 1/2 cawan susu segar + 1/2 cawan whip cream)
Cara
- Masukkan cendawan, stok ayam, bawang dan thyme dan periuk dan rebus selama hingga cendawan empuk.
- Setelah empuk masukkan dalam food processor atau blender, kisar tapi jangan sampai hancur cendawan tu. Biar nampak chunky2 sikit.
- Dalam periuk lain, cairkan mentega dan masukkan tepung. Kacau campuran tersebut sehingga sebati. Masukkan campuran susu segar dan whip cream, garam, lada hitam dan campuran cendawan yang dikisar tadi. Boleh masukkan leek dan extra slice mushroom jika suka.
- Kacau selalu sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.
- Siap untuk dimakan.

