
Ini pula resipi croutons. Yang selalu ada dalam caesor salad tu. Bahasa melayunya ialah roti kering .. hahaha. Sedap dimakan dengan salad, dengan soup dan dibuat snack makan bila2 sahaja. Bagus juga ye boleh cut down on the junk food.
Croutons
http://www.ehow.com/how_16154_make-croutons.html
Bahan
7-8 keping roti
3 sudu minyak zaitun
3 ulas bawang putih ditumbuk
Garam secukup rasa
Cara
- Potong roti kepada kiub-kiub kecil.
- Campurkan minyak zaitun dan bawang putih tumbuk serta sedikit garam.
- Gaulkan dengan roti tadi.
- Letak roti atas baking pan bakar selama 10-20 minit sampai rangup dan warna keemasan. Gaul selalu supaya dia bakar evenly.
Tags: Bread, Roti, snack