Pie Tee

March 18th, 2008 | by Jeni |

ini resipi yang baru dicuba semalam. Setelah setahun lebih beli acuan Pie Tee ni baru semalam saya try buat. Adunan dia sangat muai. Nak buat ni menduga usaha juga :) Mula-mula adunan agak melekat di acuan. Mungkin sebab saya tak rendam (panaskan) acuan di dalam minyak yang dipanaskan tu. So mula-mula celup adunan dia tak melekat pada acuan. Nasib baik tak putus asa. Setelah ia menjadi (melekat pada acuan masa mencelup), dia tak nak tanggal pula bila kita masukkan dalam minyak panas. Jenuhla kita tolak sarung pie tee tu dengan sudu untuk ia tanggal. Bila dah nak habis adunan dicelup baru la dia perfect, goyang2 saja dia boleh tanggal dari adunan. Hasilnya memang tak secun pie tee kat chicken rice shop tapi rasa tu ada dan boleh makan banyak2 hehe nak beli mahal tu hehe.

Inti yang saya buat tak mengikut resipi asal. Sebab kat sini susah nak jumpa sengkuang. Saya guna kobis dan lobak merah dan udang sahaja. Itu pun saya buat terlebih lembap jadi kulit pie tee jadi tak rangup sebab terserap kelembapannya. Tapi perasan boleh tahan la juga hasilnya sebab bagi kat jiran makan2 sama2 sambil buat kuih pau licin saja hehehe.

Tips yang saya nak share, rendam dulu acuan pie tee dalam minyak panas sebelum dicelup ke dalam adunan. Kiranya bila celup tu ada bunyi hissss. Celup sekali je dalam adunan dan renjis2 supaya adunan tak tertumpu pada buntut acuan. Gunakan minyak yang panas tapi jgn TERLALU panas sebab kalau terlalu panas bahagian luarnya akan cepat hitam walhal bhgn dalam tak cukup garing.

Sarung pie tee yang berlebihan boleh disimpan dalam bekas kedap udara ye.

PIE TEE
Sumber : Majalah Rasa MEI 2006

Bahan-bahan (A)
100 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
300 ml air
2 biji telur
1 sudu teh garam

Bahan-bahan Inti (B)
100 gm sengkuang dihiris halus
100 gm lobak merah dihiris halus
2 biji bawang putih dicincang
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
100 ml minyak masak

Cara Memasaknya

  1. Campur kesemua bahan A dan dikacau hingga sebati. (Saya blend kan saja semuanya) Tapis adunan dan masak menggunakan acuan pie tee (dicelup dalam minyak panas dengan cepat, angkat dan toskan)
  2. Tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan kesemua bahan B dan kacau sehingga masak.
  3. Angkat dan masukkan inti ke dalam kulit pie tee.

Bahan inti saya
3 batang lobak merah saya grate dengan grater
Kobis dihiris halus
1 cawan udang dibuang kulit dan dipotong kecil2
Lada sulah secukup rasa
Sos tiram secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Membuat

  1. Tumis udang sehingga masak, masukkan lobak dan kobis.
  2. Masukkan lada sulah dan sos tiram secukup rasa.
  3. Masak sehingga sayuran sedikit layu.
  4. Boleh masukkan garam jika perlu.

5 Responses to “Pie Tee”

  1. By elisa on Mar 31, 2008

    eh apsal tak buat ni for barbecue?? (ceh macamlah tak cukup lagi makanan haritu.. tee hee)

  2. By Jeni on Apr 3, 2008

    Hehe .. u datang sekali lagi nanti i buat :P

  3. By Gee on Nov 18, 2008

    Dah lama saya cari resipi ini. Dulu2 pernah cuba buat, tapi asyik melekat aja, saya pun bungkus semua dan buang. Lepas ni nak cuba lagi

  4. By Yati on Jan 30, 2009

    Kak , terer ah akak ni… saya baru jer join pastu ternampak akak punya page ni… baper banyak pai tee boleh dapat ah.. sebab husband saya suker sangat makan pai tee ni…

  5. By Jeni on Feb 4, 2009

    Gee,
    kalau melekat mungkin minyak tak cukup panas. Biarkan ia panas pastu acuan pie tee tu celup dalam minyak panas tu. Saya buat memula dulu banyak yang hancus. Bila dah beberapa ketul(banyak gak la) baru dia ok. :D

    Yati,
    resipi ni banyak dapat. Lebih dari 70 rasanya. Banyak sangat akak simpan dalam bekas kedap udara. Tahan juga rangupnya.

Post a Comment